Fakta unik tentang Air Zam-Zam

fakta tentang air zam-zam
Tidak banyak yang tahu bagaimana caranya telaga air zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada satu musim haji, tanpa pernah kering satu kali pun. Seorang pengkaji pernah diperintahkan raja Faisal menyelidiki telaga air zam-zam untuk menjawab tuduhan kotor seorang doktor dari Mesir.
1.Berapa Juta Liter air zamzam
 Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap musim haji? Mari kita kira secara sederhana. Jamaah haji yang datang dari seluruh pelusok dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah kira-kira dua juta orang.
 Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya. Kalau 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter zam-zam ke negaranya, itu sahaja sudah 10 juta liter.
 Disamping itu sepanjang di Mekah, jika kebanyakan jamaah  tinggal 25 hari, dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari, maka jumlahnya sudah 50 juta liter.
2.Keanehan air Zamzam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari negeri Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air Zamzam itu tidak sihat untuk diminum.
Perkiraannya didasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut. Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air Zamzam. Masya Allah.
Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini, dan mengirimkan sampel air Zamzam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.
3. Mengandungi zat Anti Kuman
Hasil penyelidikansampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air Zam zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat. Lalu perbezaan air Zam zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium. Kandungan kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zamzam. Itu mungkin sebabnya air zamzam memberi kesan menyegarkan bagi jamaah yang keletihan.

4.Boleh Menyembuhkan Penyakit
Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air Zam zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandung gizi”.
Nabi saw menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah saw pernah mengambil air zamzam dalam sebuah kendi dan tempat air dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah. Air zamzam itu digunakan Rasulullah saw untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air  zamzam memang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
 1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lainnya, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
 2. Air Zam zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
 3. Yang juga menakjubkan adalah, tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam zam sentiasa bebas dari kontaminasi kuman.
 4. Anehnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam zam tetap berair. Dan air zam zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.

You May Also Like